Wednesday, November 2, 2011

APA ITU TRANSFER FACTOR

Tersenarai di bawah adalah Soalan Lazim tentang 4Life Transfer Factor.  
Sila email atau hubungi kami via call/sms/whatsapp untuk mengetahui dengan lebih lanjut.


 1. Apakah itu TRANSFER FACTOR (TF)? 



Transfer Factor adalah sel memori yang diterbitkan oleh sistem tubuh selepas setiap kejayaan tubuh melawan kuman penyakit.  Sel memori ini akan berkumpul pada kadar yang banyak dalam susu awal ibu (kolostrum). Setiap ibu (manusia atau haiwan) yang menyusukan anaknya akan mengalihkan pengalaman menentang penyakit seluruh hidupnya kepada anaknya melalui susu awal ibu. TF adalah sesuatu yang paling berharga dalam susu awal ibu dalam memberi bayi yang baru lahir kekuatan melawan penyakit yang ada dalam udara.



2. Apakah itu KOLOSTRUM?

Kolostrum adalah susu awal yang terdapat dari 1-3 hari selepas si ibu melahirkan bayinya.

3. Apakah yang mendorong para saintis untuk mencari TF dalam kolostrum?

Melalui pengamatan, mereka dapati bahawa anak-anak lembu yang tidak diberi susu awal ibunya selepas dilahirkan akan mati dalam beberapa ketika, walaupun terdapat banyak makanan-makanan lain yang diambilnya. Infeksi dari serangan kuman, virus dan kulat adalah puncanya. Para penyelidik mendapati bahawa anak-anak lembu yang baru dilahirkan mempunyai sistem ketahanan tetapi tidak mengenali rupa jenis kuman, virus, kulat dan lain-lain. Dengan adanya TF yang diperolehi melalui  Susu Awal/Kolostum, sistem ketahanan anak-anak lembu dapat mengenali musuh-musuhnya, lantas dapat mempertahankan diri dari serangan.


5. Apakah sejarah disebalik TF? 




Pada tahun 1949, Doktor H. Sherwood Lawrence, dalam kajiannya mencari penawar penyakit batuk kering (tuberculosis), mendapati bahawa ada satu faktor dari dalam darah seseorang yang sudah pulih dari penyakit, boleh di 'PINDAH' kan kepada orang lain untuk PENCEGAHAN dan PEMULIHAN penyakit tersebut.  Beliau menggelarkan perkara tersebut tersebut sebagai "TRANSFER FACTOR". 


6. Apakah fungsi TRANSFER FACTOR?

a) MERANGSANG PENGELUARAN NATURAL KILLER CELL sehingga 437%!!! Ini adalah 10-30 kali ganda lebih tinggi kekuatan peningkatan daya imun berbanding sebarang herba atau makanan kesihatan yang pernah dikaji oleh saintis. Sel NK adalah bahagian yang paling penting dalam sistem ketahanan tubuh badan buat menentang segala infeksi. Ia meronda, mencari dan memusnahkan segala bentuk infeksi, sel rosak dan sel berpenyakit. 

b) MENGINGATI. Setiap molekul Transfer Factor memiliki gambaran satu jenis penceroboh dan tubuh kita mempunyai lebih trillion molekul TF ini. Ia akan membolehkan sel imun tubuh supaya dapat mengenali musuh dengan cepat dan tepat.

c) MENENANGKAN. Sistem tubuh luar kawalan boleh menjadi keliru dan bertindak menyerang sel-sel baik dan juga tisu tubuh badan sendiri.  Terdapat molekul yang jauh lebih kecil dari Transfer Factor dikenali sebagai Nano Factor akan menenangkan sel-sel imun apabila musuh yang sebenar berjaya di atasi dan mengarahkan sel-sel imun tersebut agar kembali kepada keadaan bersiap-sedia.


7. Jika TF terdapat dalam kolostrum, mengapa tidak mengambil kolostrum sahaja?




TF tidak membawa allergy, sedangkan kolostrum mengandungi antibodi, hormon dan protein kasar yang boleh membawa alergi pada manusia. Sedangkan TF bersifat 'non-species spesific', bermakna ia sesuai samada kepada manusia mahupun spesis yang lain. Kolostrum juga hanya mengandungi 2%-5% sahaja TF, dan anda harus mengambil 45,000mg kolostrum untuk mendapatkan 600mg TF. Ini bermakna 1 biji TF adalah sama kekuatannya dengan 75 biji pil kolostrum. 


8. Bolehkah orang-orang yang mempunyai alergi kepada susu atau Lactose Intolerant mengambil TF? 

Seperti yang diterangkan di atas, TF tidak membawa pada sebarang alergi kerana ia tidak mengandungi susu, lemak susu atau gula susu (lactose). TF telah diasingkan daripada sumbernya melalui sistem penurasan terkini milik 4Life Research yang telah menelan belanja yang tinggi untuk disempurnakan.


9. Saya sedang mengamalkan makanan-makanan kesihatan lain seperti vitamin, herba, antioksidan dan lain-lain. Apakah perlu saya mengambil TF?

TF bertindak terus kepada sistem yang paling penting dalam sistem tubuh manusia.  Makanan tambahan lain hanya memberikan zat nutrien kepada sel dan organ tetapi tidak dapat memberi informasi atau kebijaksanaan untuk mengenali musuh-musuhnya. Sama juga seperti seorang yang kuat, tapi dungu, nescaya akan dapat dikalahkan juga oleh musuh-musuhnya.


10. Adakah terdapat bukti-bukti sains yang membuktikan TF dapat meningkatkan daya imun jauh lebih tinggi dari makanan kesihatan lain?





Ya! Walaupun makanan kesihatan lain mempunyai fungsi-fungsi tertentu dalam kesihatan manusia, TF memainkan peranan paling penting dalam daya melawan penyakit. Kajian sains yang dijalankan selama 7 tahun (1992- 1999) oleh Jeunesse Inc - Institute of Longevity Medicine, California, keatas 198 produk2 terkenal di dunia ini yang terbahagi kepada lebih 400 ramuan, telah membukti penemuan ini. Dalam 198 produk, cuma 46 sahaja yang dapat merangsang dari 10% - 48%. TF Advance dan TF Plus dapat merangsang ketahap 283% dan 437% (sila lihat laporan penyelidikan).


11. Adakah kajian TF telah dibuktikan dan disahkan oleh sains? 



Sejak penyelidikan Doktor Sherwood Lawrence pada tabun 1949, terdapat lebih 3,500 laporan-laporan sains tentang kajian klinikal Transfer Factor yang melibatkan beribu-ribu penyelidik dari seluruh dunia termasuk Malaysia. 


12. Jika TF terlalu bagus dan berkesan, mengapa doktor-doktor tidak menggunakannya di kIinik?






Transfer Factor telah menempa sejarah kerana menjadi pemakanan kesihatan yang pertama digunakan sebagai ubat di hospital-hospital Rusia bermula dari tahun 2004.  Di Amerika, Eropah dan kini seluruh dunia, terdapat ramai para doktor  yang sudah mula menggunakan dan mengesyorkan TF kepada pesakit2 mereka kerana produk TF telah disenaraikan dalam buku PDR (Physicians' Desk Reference) iaitu buku panduan dan rujukan para doktor bagi 'non-drug prescription'. 


13. Adakah selamat menggunakan TF? 

la adalah 100% selamat, asli dan tanpa sedikitpun kadar toksik. Pengkaji telah memberikan dose sehingga 2000 kali ganda kepada seorang sukarelawan untuk ujian klinikal dan mendapati tiada langsung kesan sampingan terhadap buah pinggang, jantung dan hati sukarelawan tersebut malah organ-organ tersebut dapat berfungsi dengan lebih baik.


14. Adakah semua orang boleh mengambil TF?  



Ya. Dari bayi yang baru lahir, ibu mengandung sehingga yang telah berumur malah atlet, boleh mengambil TF.  Ini kerana TF adalah semulajadi.


15. Adakah informasi tentang keselamatan menggunakan TF? 

Pada tahun 1980, FDA (USA) meluluskan kolostrum (susu awal lembu) dan diikuti dengan kelulusan mengambil TF dari kolostrum untuk kegunaan manusia pada tahun 1985.


16. Siapakah yang boleh mendapat manfaat dari pengambilan TF? 

Semua orang yang ingin mencegah dan sebagai sokongan rawatan, awet muda, meningkatkan minda/IQ dan juga yang mahukan tenaga yang lebih, memang sangat dianjurkan untuk mengambil TF.


17. Saya cukup sihat. Apakah perlu saya mengambil TF?



Serangan kuman, bakteria, parasit dan virus terjadi setiap masa terhadap tubuh badan.  Tubuh kita bekerja tanpa henti 24 jam sehari bagi memastikan tubuh kita kekal sihat.  Namun, akibat corak kehidupan zaman ini seperti gaya hidup, kadar stress, gelombag mikro serta pencemaran kepada makanan, air dan udara menjadikan tubuh kita semakin lemah dari hari ke hari. TF mendidik tubuh kita untuk kembali cergas dan sentiasa bersedia terhadap serangan musuh-musuh yang bakal berada dalam tubuh badan kita.  Pencegahan adalah jauh lebih baik dari merawat. 


18. Saya sedang mengambil ubat doktor. Bolehkah saya mengambil TF juga?


Ya, boleh. TF adalah asas kepada sistem pertahanan tubuh manusia.  Tubuh manusia juga membina molekul TF sendiri.  TF dari sumber luar juga adalah sama seperti manusia dan ia tidak bercanggah dengan apa sahaja ubat-ubatan doktor, malahan TF akan mempercepatkan proses penyembuhan seseorang itu dari dalam.


19. Bolehkah wanita hamil mengambil TF? 



Ya boleh malah sangat dialu-alukan.  TF sangat baik untuk pertumbuhan bayi dalam kandungan, malah dapat membantu mengurangkan alahan mengandung para ibu. 


20. Bagi seseorang yang tidak boleh menelan kapsul, bagaimanakah cara untuk mengambil Transfer Factor?



Kapsulnya boleh dibuka dan campurkan isi kandungannya kepada air, bubur pada suhu sederhana.


21. Adakah Transfer Factor sama seperti vitamin, herba, stem cell, antioksidan, hormon, enzyme atau sebarang makanan tambahan?

Tidak. TF dibina oleh tubuh khusus untuk kegunaan tubuh sendiri.  TF adalah molekul yang tidak perlu diuraikan lagi kerana TF sudah berada dalam peringkat paling halus dan sangat mudah diserap oleh tubuh.


22. Adakah TF terlalu mahal?



Jika dibandingkan dengan daya kekuatan dan keberkesanan TF dalam merangsang pertahanan badan, ia adalah jauh lebih murah daripada produk2 kesihatan lain. Contohnya, jus noni dan aloe vera merangsang setinggi 15% sahaja dengan TF Plus yang dapat merangsang setinggi 437 %, iaitu 29 kali ganda lebih tinggi! Jika satu botol jus noni/ aloe vera berharga RM80, anda harus berbelanja $1,160 (RM2,320) untuk mendapat kekuatan yang sama seperti 1 botol TF Plus yang berharga cuma sekitar RM232 - RM278 sahaja.  Jadi, MANA LEBIH MURAH??


23. Adakah selamat untuk mengambil lebih TF dalam sehari? 

Ya, selamat. Tidak terdapat sebarang laporan kesan toksik dari pengambilan berlebihan TF.


24. Bolehkan seseorang itu mengambil lebih banyak TF dari apa yang disyorkan?

Seseorang itu mungkin memerlukan perlukan dos yang lebih tinggi dalam jangka masa pendek bagi sokongan yang lebih kuat dalam menghadapi jangkitan. Walaubagaimanapun cara yang terbaik untuk memulakan mengambil TF Plus adalah dengan mengikut dose yang dicadangkan.  Sila dapatkan nasihat doktor yang berpengetahuan mengenai Transfer Factor.

25. Bolehkan TF diambil bersama vitamin, mineral, enzyme, ginseng, gamat atau herba-herba yang lain? 

Ya, boleh. Fungsi TF tidak bercanggah dengan supplement lain.


26. Apakah penyakit-penyakit yang memerlukan TF? 

TF akan mendidik serta merangsang sistem ketahanan seseorang itu untuk melawan dan mengatasi segala masalah kesihatan, kecuali mati.


27. Mengapa lembu dipilih sebagai sumber TF?



Lembu mempunyai susu awal yang cukup banyak.  TF tidak tertakluk kepada jenis tertentu, bermakna ia sesuai dan boleh digunakan oleh manusia walaupun unsurnya dari berlainan spesis.  Lembu juga lebih terdedah pada cabaran-cabaran alam persekitaran seperti kotoran, kuman, virus, hama, kulat, habuk dan sebagainya, menjadikan pertahanan tubuh jauh lebih kuat dari manusia. 

lni bermakna TF dari unsur kolostrum lembu mempunyai banyak "pengalaman" dan "kebijaksanaan" dalam mendidik dan merangsang pertahanan badan. Susu untuk kegunaan produk hanya akan diambil selepas anak lembu yang baru lahir telah memenuhi keperluan kritikalnya.


28. Adakah kemungkinan TF atau kolostrum dicemari oleh kuman lembu gila (mad cow disease)?

a) Tidak mungkin. Pakar telah mengesahkan bahwa kuman BSE (bovine spongifonn encephalopathy) tidak masuk ke saluran mammari ke kolostrum. Pemeriksaan kepada semua lembu-lembu yang diserang penyakit lembu gila tidak mempunyai susu yang dijangkiti. Para saintis juga mendapati bahwa kesan jangkitan kuman BSE berada di otak dan tulang belakang lembu. Tidak pernah terdapat susu yang dijangkiti.

b) World Health Organization (WHO) memberi kenyataan: "Ujian terhadap susu-susu dari lembu yang dijangkiti kuman BSE tidak menunjukkan sebarang jangkitan. Susu dan produk-produk yang diperbuat dari susu telah disahkan selamat dan bebas dari jangkitan sebarang kuman walaupun di negara yang mempunyai banyak insiden penyakit lembu gila." 


29. Mengapa harus saya mengambil TF jika saya sudahpun menerima TF  sewaktu saya masih bayi?  

TF yang kita terima dari ibu kita sewaktu baru dilahirkan dahulu membantu tubuh kita untuk cabaran pada masa tersebut. Sekarang kita menghadapi banyak cabaran baru sedangkan tubuh kita semakin lemah akibat umur yang meningkat dan faktor-faktor yang melemahkan tubuh badan. Memastikan sistem ketahanan tubuh pada tahap optimum adalah sangat penting untuk kesihatan yang berpanjangan. 


30. Berapa kerap harus saya mengambil TF? 

Setiap hari, tubuh badan kita menghasilkan sel-sel baru yang memerlukan informasi. TF harus diambil setiap hari bagi memastikan tubuh kita sentiasa mendapat sokongan dan didikan bagi menghadapi cabaran-cabaran yang sentiasa memenuhi alam persekitaran kita.


31. Adakah sebarang peluang bagi syarikat-syarikat lain juga meniru dan menjual TF di pasaran?


Syarikat-syarikat lain akan sentiasa mencari jalan untuk meniru dan menjual TF kerana mereka tahu bahawa Transfer Factor mempunya pasaran yang sangat luas dengan nilai yang sangat tinggi. Tetapi, perlindungan milik hakcipta (patent) telah dicapai hanya kepada syarikat 4Life Research untuk jangkamasa yang lama. Proses mengasingkan TF dari kolostrum dan kuning telur ayam yang sangat rumit, telah dapat dihasilkan oleh para saintis di 4Life Research setelah beberapa tahun menjalankan penyelidikan dan kajian. Setiap tahun, penemuan demi penemuan terbaru oleh saintis di 4Life Research akan dicapai dan ini menjadikan 4Life Research sentiasa berada di hadapan dalam bidang Transferceutical. 


32. Adakah saya perlu mempunyai latar belakang pengetahuan sains atau ubat-ubatan untuk berkongsi sama tentang Transfer Factor?


Tidak. Konsep TF mudah diterangkan kerana ia adalah bahan asas dalam sistem ketahanan manusia.  Di mana-mana, manusia sentiasa mencari jawapan dalam menjaga kesihatan dan meningkatkan daya melawan penyakit (peningkatan imun).  

Ibu, bapa, kaum remaja, kanak2 kecil dan orang yang sudah lanjut usia, semuanya sedang menghadapi cabaran2 yang semakin hari semakin meningkat, dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan. 

Dengan berkongsi  informasi yang terdapat di risalah ini, kebanyakan dari soalan-soalan akan terjawab, dan anda secara tidak langsung, telah melakukan amal kebajikan dengan menyebarkan ilmu pengetahuan yang sangat penting dalam kehidupan umat manusia.


No comments:

Post a Comment